Siapa sangka belum reda lagi pandemic Covid-19, kita di uji lagi dengan banjir besar yang melanda terutama negeri Selangor dan Pahang.
Kesan daripada banjir ini juga kita dapat lihat banyak kerosakan harta benda yang berlaku, rumah, perabot, kereta, motosikal dan tak terkecuali barangan elektrik & elektronik. Sangat menyedihkan lagi apabila perkakasan komputer dan laptop pelajar-pelajar dan anak-anak turut musnah akibat ditenggelami air banjir (total lost).
Atas kesedaran bersama, sebelum ini Topix Technology dengan kerjasama ramai pemberi-pemberi dana sekarang telah pun menyumbang komputer dan laptop hampir RM 50,000 ringgit kepada mereka yang memerlukan.
SUMBANGAN LAPTOP KEPADA ANAK YATIM
Jadi, untuk kali ini Topix Technology berhasrat untuk mengumpul Dana Bantuan Komputer & Laptop dan menjemput anda untuk menderma sedikit daripada kesenangan anda untuk membantu pelajar atau anak-anak yang terjejas dalam banjir.
Khas untuk projek ini, Topix Technology tidak mengambil keuntungan seperti biasa, ia akan dijual dengan harga kos serta tambahan kos pengurusan sahaja.
Jangan tunggu lagi, jadilah sebahagian daripada penderma bagi projek Dana Bantuan Komputer & Laptop dengan mengisi maklumat dan sumbangan di bawah.